Pages

Friday, March 18, 2011

"Harga sebuah keMAAFan dan keSABARan.."

In The Name of Allah,The Most Gracious and The Most Merciful..












"Ishh,fed upnya aku dengan dia..Dia ingat dia tu sapa?mati-mati aku percaya,dia boleh tikam aku dari blakang?kejam betol..Tengoklah ko,aku doa puas2 spy ko rasa apa yg aku rasa..Allah akn makbulkan doa org yg teraniaya.."

Mesti kita rasa geram dan tension bila kita betul-betul percaya kat seseorang,tapi orang tu mempermainkan kitakn..Mustahillah xrasa apa2..Sebab kita ni manusia dan hidup..Mesti ayat di atas yg akn terdetik di hatikan..Hmm..

Saya pernah merasainya dan pernah mengatakan ayat itu..Jadi,saya fikir bila saya berdoa dlm solat barulah rasa mcm lagi dekat dengan Tuhan..Siang tu pulunlah menangis sampai bengkak2 mata..Malam tu saya tekad,nk solat hajat dan doa puas-puas kat Tuhan..

Pada sujud yg terakhir solat,tiba-tiba hati saya berdoa dan memohon..

"Ya Allah,aku mohon pada Kau..Berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran ini..Sesungguhnya aku tak kuat..Ya,Allah,aku mohon Kau bukakanlah hatinya untuk berubah dan Kau ampunkanlah dosa-dosa dia..kerana aku menyayanginya keranaMu..dan Ya Allah,demi nyawaku yang berada dalam genggamanMu,aku memaafkan kesalahannya..Kau lindungilah dirinya walau di mana jua dia berada,jagalah iman di hatinya,kerana aku tahu,jika imannya terpelihara,selamatlah dia di dunia dan akhirat.."

Pelikkan,tadi berapi-api nak doakan turun bala kat dia..Alih2 ini jadinya..Itulah kebesaran Allah..Dia mampu membolak-balikkan hati kita..Kerana Allah telah berfirman:Orang-orang yg bertaqwa itu adalah

"(yaitu) orang yang berinfak,baik diwaktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) oranglain.Dan Allah mencintai orang-orang yang membuat kebajikan.."(ali imran 3:134)

Maaf dan sabar itu kan syurga..Ketahuilah sebenarnya maaf dan sabar itu sangat indah..Indahnya xdapat digambarkn dgn kata2..hanya mereka yang mengalami akn merasai nikmatnya..

Selepas je doa macam tu,sungguh...hati saya betul2 tenang macam xda apa2 yang merunsingkan hati..Terdetik juga,rupa2nya itulah dendam yang terindah dan termanis dalam hidup..Sya tringin sangat2 nk mengucapkan terima kasih kpd dia..Kerana dia telah mengajar saya erti tawakal dan berserah..

Jadi,Sabarlah dan maafkanlah..Kerana mereka juga manusia..Tiada yang sempurna..InsyaAllah ada hikmahnya..

Abu Hurairah meriwayatkan drpd Nabi s.a.w,Rasulullah s.a.w telah bersabda:Musa bin Imran bertny:'hai Tuhanku,siapakah hambaMu yang paling mulia disisiMu?FirmanNya:siapa yg mengutamakan KEMAAFAN sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orglain.."

Allah juga telah berfirman :"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bg Allah orang2 yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata org2 yang SABAR.."(Ali Imran 3:142)

Hikmahnya adalah SYURGA menantimu wahai saudaraku..Jadi,jadikanlah dendam2 anda itu sebagai dendam yang terindah..

p/s: La Tahzan,Innallaha maa'na(Jangan sedih,Allah bersamamu)