Pages

Sunday, August 11, 2013

Istikharahku memanggilmu..

Ya Allah..
Kurniakanlah kepadaku seorang lelaki yang terbaik untuk menjadi imamku..
Ku pohon padaMu..
Jika sinar hidayah belum muncul dalam dirinya,munculkanlah ia sebelum dia sah bergelar suamiku..

Ya Allah ya tuhanku..
Yang kupohon..
Bukanlah seorang lelaki yang alim ataupun warak..
Cukuplah sekadar dia mahu mencari Islam,mengamalkan dalam kehidupan sehariannya, dan mendekatkan dirinya padaMu.

Ya Allah ya tuhanku..
Yang kupohon..
Bukanlah seorang lelaki yang menggunung tinggi ilmunya..
Cukuplah sekadar dia sentiasa dahagakan ilmuMu dan bersama-sama denganku mencari redhaMu..

Ya Allah ya tuhanku..
Kurniakanlah kepadaku seorang lelaki yang akan mencintaiku setulus hatinya tanpa mengabaikan kecintaannya kepadaMu..
Yang akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang wanita..
Yang akan menjadi pelindungku di dunia dan akhirat..
Yang akan menjadi imam dan penghulu kepada diriku dan generasiku..

Jika ciri-ciri ini ada pada dirinya..
Permudahkanlah urusan kami..
Dan takdirkanlah kami berdua di dunia dan akhirat..
Kuatkanlah jodoh antara kami..
Panjangkanlah jodoh antara kami..
Satukanlah kami di dunia dan akhirat..
Kurniakanlah kami sebuah keluarga yang sakinah,mawaddah warahmah..
ameen ya rabbal a'lamin..

Saturday, August 10, 2013

Dilema perigi cari timba


Assalamualaikum w.b.t. 
Dilema antara perigi cari timba dengan timba cari perigi.. 
Memang ada yang mengatakan 'ah,seganlah..aku ni perempuan.. Takkanlah perigi nak cari timba pulak!!'.. 
Habis tu,masa zaman rasulullah, siapa yang pinang rasulullah untuk siti khadijah??hmmm...sekarang ni tiada istilah perigi cari timba as long as you know what you want. Tapi,kena jugak ingat, Allah tetap memberi apa yang kita perlu bukan yang kita hendak.. Kalaulah kehendak kita tu merupakan keperluan kita, In Syaa Allah, Dia akan pertimbangkan. Bersangka baiklah padaNya. Dia tak selamanya biarkan kita hidup menderita. Allah maha adil. So,senyumlah.. Haa,tak salah jika seorang wanita melamar seorang lelaki..tetapi, pilihlah yang beriman ok! Biar tak warak,alim,berjubah atau berjanggut.. Yang penting dia sentiasa berusaha untuk mendekatkan dirinya pada Allah dan sentiasa dahagakan ilmuNya.. In Shaa Allah..^_^

P/s: Dear MRI..I'll pray to Him to keep ur heart to Him..^_^

Tuesday, April 23, 2013

Masih berMIMPI??Bangunlah..tempuhi REALITI..


23/4/13
Minggu kedua bergelar pelatih..
Pelbagai ragam pesakit dapat dilihat..
Ada yang redha,pasrah, malah ada jugak yang tidak boleh menerima kenyataan dan pelbagai..
Ada yang mampu tersenyum, ada yang hanya mampu menitiskan air mata menanggung sakit..
Ada yang masih mampu untuk bergelak tawa..Sedang bahagiakah mereka??
Walaupun mereka tahu bahawa nyawa mereka dihujung tanduk,
mereka masih lagi mampu memberi senyuman yang terindah kepada pelatih..
Kita??Dalam keadaan sihat pun masih lagi nak menyombong diri..
Patutkah??Sekadar renungan..

Mereka sudah tahu jangka hayat mereka..Kita??
Masih tetap lalai dan leka dengan dunia..
Masih berlumba-lumba mengejar cinta dunia..
Allah itu hakiki..Dunia itu adalah sementara..
Apabila kena clerk case patient dari ward pedriatic oncology minggu lepas,
 hampir luluh hati melihat adik2 yang berusaha untuk berjuang meneruskan kehidupan..
Mereka..ada yang terpaksa hilang penglihatan diusia seawal 1 tahun..
Ada yang hilang daya fizikal seawal umur 10 tahun..
Pandang diri yang sempurna, bersyukurkah kita??

Kenapa yang sempurna itu lebih jarang 'BERSYUKUR' berbanding yang kurang upaya??
Kenapa masih mengeluh apabila ujian datang melanda?
Kenapa??Bertubi-tubi KENAPA menerjah ke minda..
Akhirnya..Hanya mampu terdiam..

Kalau kita lihat dari sisi nikmat Allah itu,
Alangkah tak terkiranya dengan akal..
Namun, tetap masih tidak bersyukur..
Oh manusia..bersyukurlah dan bersabarlah dengan segala dugaan Allah..
Itu adalah tanda CINTA dari SANG PENCINTA..
Alhamdulillah..Astaghfirullah..

P/S : Tanda Allah cintakan hambaNya adalah Dia menitipkan pelbagai dugaan dan mencampakkan perasaan benci untuk melakukan kemungkaran ke dalam diri hambaNya.