Pages

Tuesday, April 23, 2013

Masih berMIMPI??Bangunlah..tempuhi REALITI..


23/4/13
Minggu kedua bergelar pelatih..
Pelbagai ragam pesakit dapat dilihat..
Ada yang redha,pasrah, malah ada jugak yang tidak boleh menerima kenyataan dan pelbagai..
Ada yang mampu tersenyum, ada yang hanya mampu menitiskan air mata menanggung sakit..
Ada yang masih mampu untuk bergelak tawa..Sedang bahagiakah mereka??
Walaupun mereka tahu bahawa nyawa mereka dihujung tanduk,
mereka masih lagi mampu memberi senyuman yang terindah kepada pelatih..
Kita??Dalam keadaan sihat pun masih lagi nak menyombong diri..
Patutkah??Sekadar renungan..

Mereka sudah tahu jangka hayat mereka..Kita??
Masih tetap lalai dan leka dengan dunia..
Masih berlumba-lumba mengejar cinta dunia..
Allah itu hakiki..Dunia itu adalah sementara..
Apabila kena clerk case patient dari ward pedriatic oncology minggu lepas,
 hampir luluh hati melihat adik2 yang berusaha untuk berjuang meneruskan kehidupan..
Mereka..ada yang terpaksa hilang penglihatan diusia seawal 1 tahun..
Ada yang hilang daya fizikal seawal umur 10 tahun..
Pandang diri yang sempurna, bersyukurkah kita??

Kenapa yang sempurna itu lebih jarang 'BERSYUKUR' berbanding yang kurang upaya??
Kenapa masih mengeluh apabila ujian datang melanda?
Kenapa??Bertubi-tubi KENAPA menerjah ke minda..
Akhirnya..Hanya mampu terdiam..

Kalau kita lihat dari sisi nikmat Allah itu,
Alangkah tak terkiranya dengan akal..
Namun, tetap masih tidak bersyukur..
Oh manusia..bersyukurlah dan bersabarlah dengan segala dugaan Allah..
Itu adalah tanda CINTA dari SANG PENCINTA..
Alhamdulillah..Astaghfirullah..

P/S : Tanda Allah cintakan hambaNya adalah Dia menitipkan pelbagai dugaan dan mencampakkan perasaan benci untuk melakukan kemungkaran ke dalam diri hambaNya.