Pages

Tuesday, May 6, 2008

Aqif Levo Luzia 2

*************************************************************************************
Dalam diam tak diam,Peperiksaan SPM seminggu sahaja lagi.Aku makin tak senang duduk.Dah lama aku jarang lepak ngan Afiq.Mesti sekarang ni pun dia tengah sibuk study.Entahla..Aku pun tak tahu kenpa.Bila aku ajak dia study sama,dia menolak.Bila aku ajak dia borak-borak kosong,dia kata membazir masa.Aku pun naik pelik.Lantak rr.Yang penting sekarang ni,exam.Akhirnya aku hanya study dengan Reen,Dina dan Ameer.
“Zuli,nak mintak tolong boleh x?,”sapa rakanku,Mia.Aku hanya mengangguk.
“Pekehal?”
“Nanti bila dah habis exam,tolong berikan bungkusan ni kat Afiq yea..”pintanya.Mia,atau nama sebenarnya Mia Idora ni memang sopan budaknya.Baik,cantik,agak alim rr gak,bertudung,tak macam aku.Mungkin belum sampai seru lagi kot.Pastu,dia ni pandai dan yang sewaktu dengannya.Tapi..
“Eh,Mia.Dalam ni ada barang kaca tak?Aku takut terjatuh je nanti.”panggilku apabila Mia ingin berlalu.
Mia hanya menggeleng sebelum berlalu pergi.Aku mengerutkan dahiku.Pelik.Ah,lantaklah.

*************************************************************************************
Hari ni merupakan hari terakhir peperiksaan.
Alhmdulillah..Berakhir sudah penderitaanku.Semua keinginanku sudah kulaksanakan.Ops,satu lagi..
Aku memerhatikan sekelililng.Kelihatan kelibat Reen,Dina,Ameer dan Afiq.
“Reen,Dina,Ameer,Afiq!!.”laungku kuat.Almaklumlah,semua pelajar berpusu-pusu melangkah keluar dari dewan peperiksaan.
Kawan-kawanku mendapatkanku.
“Eh,hari ni last day.Jom enjoy.Ameer belanja”ajakku.
“Aku set je,”ujar Ameer.Ah,sapa tak kenal Ameer.Anak Dato’.Duit bukan masalah bagi dia.
“Aku tak kemas barang lagi la Zuli,”ujar Reen sambil membetulkan beg galasnya yang hampir terjatuh.
“Alah Reen.Relax rr.Kitorang pun tak kemas barang lagi.Betul tak Zuli?,”tukas Dina.
“Betul-betul,”balas Afiq tiba-tiba dengan nada seperti ipin dalam drama upin & ipin.
“Woi,aku tanya Zuli rr.Yang kau menyahut tu pa pasal?,”pintas Dina.Haa,Dina ni pun bley tahan kasarnye jugak.Almklumlah..Kawan dengan aku..Hehehe..
“Aku jawab bagi pihak Zuli rr..,”tukas Afiq selamba sambil mengenyitkan mata kepadaku.Aku menunjukkan penumbukku kepadanya.
“Woi,bebel je banyak.Jom rr gerak!!”pintas Ameer yang sedari tadi hanya memerhati.
“Oklah..Aku setuju.Dina,Zuli,balik outing nanti tolong aku kemaskan barang yea.Barang aku banyak taw!!,”pinta Reen.Dalam banyak-banyak ahli kumpulan kitorang,Reen lah yang paling sopan.Lembut je orangnyer..
“Baiklah tuan puteri,”balas aku dan Dina serentak.
“Woit,ikut jalan biasa.Ingat,pukul 2.30 petang!!Jangan lambat,”tegas Ameer.Dia ni kalau bab buat jahat,memang laju.Kalau disuruh dengar ceramah kat surau,haram nak nampak dier.
“Set!!,”balas kami serentak.

*************************************************************************************
2.30 petang..Di belakang blok Asrama lelaki..

“Reen ngan Dina mana?,”bisik Ameer.
“Sat lagi depa mai.”balasku perlahan.Kami tahu di saat panas terik macam ni,mana ada sesiapa yang sanggup berpanas di luar.Dikejauhan kelihatan Reen dan Dina yang sedang terbongkok-bongkok menuju ke arah kami.Taku terkantoilah katakan.
“Zuli,mana Afiq?”soal Dina perlahan.Aku hanya menjungkitkan bahu.
“Call lah dia cepat.Aku takut terkantoi kalau lambat-lambat.”ujar Ameer kepadaku.
“Kolah call.”balasku malas sambil mengeluarkan handphone nokia N96 pemberian arwah ayahku.Senearnya tiada siaa yang tahu pasal familyku.
“Aku tak de kreditlah sayang..”balas Ameer geram.Dengan geram aku mendail nombor Afiq.
“Salam Afiq.Kat mana ni?cepatla..”bisikku.Seketika aku mengangguk sebelum mematikan talian.
“Dia kat mana?,”soal Reen.
“On the way,”balasku.Selang beberapa minit,terjegul muka Afiq sambil tersengih.
“Lambat betulla ko ni!!,”ujarku bengang.
“Da da..jom cepat!!Korang yang pompuan ni masuk dulu.Aku dengan Fiq tarik pagar ni.Ikut jalan yang sama.”arah Ameer.Apalagi,beraturlah aku,Reen dan Dina untuk masuk ke dalam pagar.Sebenarnya tak siapa pun tahu jalan rahsia kitorag ni.Pandaikan kami simpan rahsia..Hehehehe...Ni la masalah budak-budak asrama penuh.Yang tak boleh tulah yang nak dibuatnya.Parah.

Setibanya kami di seberang,kelihatan sebuah kereta mewah ala-ala limosin gitu.
“Aik,kete saper plak ni?,”soalku pelik.Ameer mengambil tempat di hadapanku.Dia mengatakan sesuatu kepada pemandu kereta tersebut.Aku lihat pemandu tersebut hanya mengangguk.
“Jom!!”ajak Ameer.Kami semua hanya membuntutinya masuk ke dalam limosin tersebut.
“Wah!!Best gilerz..Limosin ko yea Ameer?,”soal Dina kecoh.Ameer hanya tersenyum bangga.Aku hanya mampu terdiam.Tak pernah aku dapat peluang naik kereta macam ni punyer besar.Dina kecoh bertanyakan itu dan ini.Aku pulak syok memikirkan masa depanku.Macam mana aku nak cari duit kalau nak sambung belajar?Apa aku nak makan?Mujurlah sepanjang aku sekolah aku dapat biasiswa.Huh!!Aku melepaskan keluhan.
“Ko ni kenapa Zuli?Orang lain da habis exam happy.Ko plak murung je.Pa pasai?,”soal Reen bertalu-talu.
“Aku letih,”
“Letih?Aik,xkan cabut keluar pun letih?Bukannya x pernh buat sebelum ni.Apala kau ni..”tukas Afiq tanpa sempat aku meneruskan ayatku.Akhirnya aku hanya mampu tersenyum.

Bersambung....

Aqif Levo Luzia 1

“Zulia,mana latihan yang saya suruh awak hantar tu?,”soal Cikgu Shah.Alamak!!Inilah satu kelemahan aku.Sebenarnye aku syok kat Cikgu Shah ni.Muka dahla ala-ala Ako Mustapa.Uish, handsome lagi Cikgu Shah ni daripada Ako Mustapa.Solo plak tu.Eh,betol ke solo lagi?
“Adelfa Zulia!!,”tekannya lagi.
“Yezz cikgu.I’m hear.”balasku selamba.
“Awak ni kan.Jarang betul hantar kerja saya on time.Apa nak jadi ni?SPm dah nak dekat,tp perangai tak berubah-ubah jugak!!Rehat nanti jumpa saya,”arah Cikgu Shah sebelum melangkah keluar dari kelas.Alahai cikgu..Kalau cikgu suruh saya jumpa cikgu tiap waktu pun tak pe.Saya sanggup..hehehe..
“Woit,apa senyum sorang-sorang ni?Berangan!!,”sergah Afiq.Aku mengurut dadaku.Dia sudah mengambil tempat dihadapanku.Pelajar lain sudah berpusu-pusu mahu ke kantin.
“Ko ni kan!!Aku debik kang!!Kalau ye pun nak tegur,bagilah salam dulu,”.Kacau daun betullah mamat ni.Habis hancur berkecai angan-anganku.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!!,”
“Perli Nampak..”
“Laa,ko yang suruh aku bg salam.Aku dah bagi,jawablaa.”
“Waalaikumsalam,”balasku perlahan.Aku mengeluarkan buku latihan matematik aku dari laci.
“Zuli,nak join ngn kitorang tak makan kat kantin?,”soal Reen,satu geng dengan aku gak.Sebenarnya aku ada jugak geng besar kat sekolah ni.Tapi,kami ni dikira geng yang sederhana lah.Taklah nakal sangat.Haa..geng aku ada 5 orang.Intan Aizureena,Alisya Diyana,Syazni Afiq,Aku dan Ameer Hamzah.Tapi aku paling rapat dengan Afiq.Selalunya kitorang akan pergi ke mana-mana berlima.
“Tak kot.Aku ada appointment ngan Cikgu Shah rr.Fiq,tak join depa ka?Aku tak makan kot rehat ni.”ujarku.
“Aku pun tak turun gak.Aku ada hal jap lagi.Korang bertiga turunlah.”balas Afiq.Mereka bertiga mengangguk dan berlalu.
“Weh,setahu aku.Ko ni memang tak pernah tak siap keje sekolah ko.Pasal pa x anta?,”soal Afiq dengan tangannya memanggung kepalanya.Aku hanya tersenyum kambing.Uish,takkanlah aku nak bagitaw kat afiq ni yang aku dah jatuh syok gilerz kat Cikgu Shah.Mampus diketawakannya..
“Woit!!Sengih-sengih..,”sergah Afiq.
Kringggg….
“Chow,aku nak jumpa gewe aku,”ujarku selamba sambil mengambil buku latihan matematikku dalam laci.Terpinga-pinga Afiq memandangku.Ops,terlepas plak..Matilah aku!!
“Gewe ko?Sejak bile plak ni.Setahu aku ko kene jumpa Cikgu Shah..Katala…,”Afiq membuntangkan matanya.Aku hanya buat muka blur je rr.Ala-ala tak bersalah gitu.Aku menjungkitkn bahu lalu melangkah keluar.
“Woit,tunggula!!!Aku tak habis lagi cakap dengan ko,”laung Afiq.Aku wat bodo jela..Pa lagi…cabutlaa…

*************************************************************************************
“Salam cikgu,”sapaku.Cikgu Shah hanya mendongakkan kepalanya.
“Hah,kamu!Mana latihan yang saya bagi tu?,”terjah Cikgu Shah.Aku hanya tersenyum sumbing sambil menyerahkan buku latihanku.
“Apa masalah kamu sebenarnya Zulia,?”soal Cikgu Shah lalu memberi tumpuan ke arahku.
“Cikgu sanggup ke dengar masalah saya?,”balasku sambil menarik kerusi di hadapannya.Nampaknya dah tiba masanya aku berterus terang.Lantaklah,cikgu nak terima ke tidak.Pedulik aper aku.Belum cuba belum tahu..hehehe..
“Yes,I’m hear now Lia,”ucapnya.Aku menarik nafas panjang-panjang.Uish,susah jugak nak luahkan perasaan ni.
“Sebenarnya cikgu..,”Aku memulakan bicara.Cikgu Shah mengangguk.Aku lihat dia begitu impress nak dengar.
“Sebenarnya..”
“Maaf Cikgu, ganggu.Eh,Zul!!Ko kat sini?Penat aku cari.”pintas Afiq yang sudah terjegul di muka pintu.Aku melepaskan nafasku keras.Kacau daun betullah mamat ni!!
“Owh,kamu Afiq.Kenapa?,”soal Cikgu Shah ramah.
“Saya nak tanya cikgu beberapa soalan math ni,”jawabnya sambil melangkah masuk.
“Owh,ok.Hah,kamu Zulia.Apa masalah kamu sebenarnya?,”soal Cikgu Shah kembali.
“Tak de papelah cikgu.Sebenarnya,buku latihan saya selalu dipinjam oleh mangkuk tingkat sebelah ni,”saja aku menekan perkataan mangkuk tingkat tu.Biar dia sedar sikit.
“Kamu selalu pinjam buku Lia ke Fiq?,”soal Cikgu Shah kepada Afiq pula.Afiq tersengih.
“Ye Cikgu.Nak wat rujukan.,”
“Takpelah cikgu.Urusan saya dah selesai.Sya minta diri dulu yea,”pintaku perlahan.
“Eh,saya pun samalah cikgu.Kami minta diri dulu yea.”ujar Afiq pula.Aku memandangnya pelik.
“Macam mana dengan soalan tadi?,”soal Cikgu Shah.
“Saya tanya Zulia dulu yea.Maaf cikgu.,”Cikgu Shah mengangguk.Aku melangkah keluar dengan pantas.Terkedek-kedek Afiq membuntutiku.

*************************************************************************************
“Ko nak ape ni?Dari tadi ikut aku!!,”tekanku sambil memintas jalannya.Afiq terkejut mungkin.Hampir ketawa aku melihat rupanya begitu.Hahaha...
“Saja.Nak jadi bodyguard ko.Weh,jom!!.”Dengan selamba dia menarik tanganku.Aku menolak tangannya.Tapi,lain pulak jadinya.Makin kejap pulak pegangannya.Aku mengikut je langkah kaki Afiq.
“Woit,pasal pa bawak aku kat blakang blok ni??Ko jangan macam-macam Fiq.”tegasku.Afiq melangkah mendekatiku.Aku melangkah ke belakang.Langkahku mati apabila aku betul-betul bersandar di dinding.Jarak antara kami makin dekat.Aku makin cuak.Apa mamat ni nak wat.Aku rasa muka aku dah pucat tahap dewa ni.Tiba-tiba...
“Hahahahaha...”meledak tawa Afiq.Dia menjauhkan jarak kami.
“Badigol punyer budak!!,”jeritku bengang.Dengan pantas aku menendang kakinya.
“Sakitlah setan!!,”balasnye sambil terjingkit-jingkit.Aku tersenyum bangga.
“Tapikan Zul.Best giler tgk muke ko tadi.Kelakar.Aku rasa kalau toreh pun tak keluar darah rr.”ejek Afiq.Dia ketawa dan ketawa.Aku cuba mahu mencubitnya.Pantas dia mengelak.Akhirnya aku pun ikut ketawa.Bukan ape.Aku kelakar tengok dia ketawa.Samapi merah muka dia ketawakan aku.
“Weh,penat rr.Duduk rr kat sini dulu.”Aku menggamitnya supaya duduk di tepi longkang.
“Ko tu yang buat diri ko penat.Aku tak salah.”ujarnya dengan sisa tawa.Aku hanya menjeling geram.
“Hah,jangan nak jeling-jeling.Kang terpikat pulak kat aku.Sapa susah?,”balas Afiq selamba.Aku mendapat akal.Aku senyum menggoda ke arahnya.
“Sebenarnya Fiq,aku dah lama terpikat kat ko”bisikku perlahan ke telinganya.
“ko ni kenapa?Da kena sampuk ke?,”soal Afiq terketar-ketar.Aku senyum lagi.Padahal dalam hati,hampir pecah tawaku melihat wajahnya.
“Syazni Afiq..Aku serius ni.Dah lama aku terpikat kat ko.Betul..”ujarku lagi dengan nada yang menggoda.Sebenarnya aku pun geli.Hehehe..Nak kena kan aku sangat.
“Wo!!Wo!!Zulia!!,”tekan Afiq lagi lalu menjauh dariku.
“Ya sayang..”balasku dengan nada yang cukup menggoda.Aku mengenyitkan mataku.Akhirnya..
“Hahahahaha...Tula..nak kenakan aku lagi..Padan muka.”Aku ketawa dan terus ketawa.Aku berhenti ketawa sebaik sahaja kepala disekeh Afiq.
“Sakitlah devil!!”Aku membetulkan rambutku kembali.Aku tawla rambut aku pendek macam rambut ko!!tak payahla nak sekeh-sekeh.Aduh,boleh tahan jugak budak ni sekeh.Sakit maa...
“Woit,tak dapat aku rehat hari ni.Ko punyer pasal la ni,”ujarku lemah.Saja je nak buat dia bersalah..Biar padan muka dia.
“Alaa,ciannyer dier..”Aku lihat Afiq mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
“Taraa...”Dia menghulurkan sebungkus kuih karipap kepadaku.Tanpa meminta izin,aku mengambilnya lalu menjamahnya.
“Woit,da la main rentap je!!.Pelawa aku pun tak.Apa punyer kawan la ko ni.”bebelnya.Aku tersengih sambil menghulurkan kuih karipap yang sudah tinggal separuh.
“Woi,aku bagi ko 3.Ko bagi kat aku setengah je.Ko ni tembolok ayam betul rr!!,”
“Woi,beruntung la aku nak bg!!Kalo aku balun semua td..Pa crita?Ko jugak yang melongo..”bidasku selamba.Aku mengerling ke arah jam tanganku.Dah nak habis rehat,beh baik aku cabut dulu.
“Woi!!,”
Kringgg....
“Rehat dah habis.Aku chow dulu.Thanks bg kuih,”ujarku sebelum melangkah menuju ke kelasku.Aku pasti Afiq menyumpah seranah aku.Lantak rr...Aku bukannya baru kenal ngan dier.Dah hampir 3 tahun.

bersambung...