Pages

Wednesday, May 7, 2008

Aqif Levo Luzia 5

“Weh,ko balik naik pe ni?,”soal Mira sambil tangannya sibuk memasukkan saki-baki barang yang tertinggal.
“Aku naik bas.Barang aku ambik kemudian.Mira,ko kenal budak nama Aqif x?,”saja aku pancing.Mira ni,kalau bab lelaki,memang power.Semua dia tahu.Mira berpaling ke arahku dengan keutan di dahi yang begitu menyerlah.
“Kenal?,”soalku lagi.
“Macam pernah dengar.Tapi,budak form berapa tu?,”soalnya pulak.
“Manalah aku taw.Aku pi toilet jap.”balasku berkira-kira mahu berangkat.
“Aku ingat!!,”pintas Mira.Aku menoleh ke arahnya.Terbantut aku nak ke tandas.
“Tapi,Kalau tak silap aku.Kat sekolah ni tak ada sorang pun budak nama Aqif.Kalu Qifa adalah.Qifa Quzairi.Budak form 6 A.Dia budak Kedah.Pa pasal?,”.Aku hanya menggeleng.
“Aku kenal ke?,”soalku pantas.
“Tak tawla pulak..Takkan ko tak kenal.Dia budak sukan jugak.Takkan Afiq tak pernah cerita pasal Qifa.Diorang selalu sama-sama kalau pegi latihan.”.Aku menganguk-angguk macam burung belatuk.
“Dia ni macam mana orangnyer?,”soalku lagi.Saja nak taw pasal budak yang nama Qifa ni.Coz nama dia ni pelik sangat.Tak taw la pulak aku yang si Afiq ni ada kawan nama Qifa.Budak sukan...erm,mesti handsome..Hahaha..Eh,apa yang aku merepek ni???Aku menggaru-garu kepalaku.
“He’s quite ok.Boleh tahan.Intelligent,ramai peminat.”Mira menyeringai.
“Termasuk ko kan,”Mira hanya tersengih.Yelah tu.Minah ni!!bila la nak setia.huhuhu..
“Eh,pa pasal ko tiba-tiba tanya pasal Qifa ni?Tak pernah-pernah ko tanya pasal lelaki.Sampai aku ingatkan ko ni anti lelaki taw.Tapi bila aku tengok besfren ko Afiq,terus terlucut gelaran tu tok ko.”banyak cakap pulak minah ni.
“Kawan aku..Si Reen..Dapat surat dari admire dia..Tapi signature dia tulis nama Aqif..Dia tanya aku,kenal ke x dengan Aqif ni..That’s why la aku tanya ko..”.Huhuhu...tak pe,bohong sunat..hehehe..Mira menganggukkan kepala.Alahai,senangnya nak auta budak ni..Hehehe..sorry Mira.Terpaksa!!Tiba-tiba handphone Mira berbunyi.
“Zuli,aku kena chow dulu.Parent aku dah tunggu.Hati-hati balik tu nanti.Jangan melencong ke tempat lain,”.Panjang lebar nasihat dia.Aku mengangguk macam burung belatuk.Tiba-tiba dia menoleh ke arahku.Aku mengangkat keningku sebelah..
“Tapi,boleh jadi jugak Si AQIF tu QIFA.”ujarnya spontan sambil tersenyum penuh makna sebelum berlalu pergi bersama-sama dengan barang-barangnya.Aku berfikir sejenak..AQIF,QIFA,AQIF,QIFA..Ada match!!Ish,tak mungkin!!Tak mungkinlah..Aku bukannya rapat sangat dengan Qifa tu..Tapi,dia rapat dengan bestfriend aku...
“Argghh!!,lebih baik aku chow,”Nampaknya aku la yang paling last balik.huhuhu..

*************************************************************************************

Setibanya aku dirumahku,tiada siapa yang menyambutku.Aku memang sudah maklum perkara ni akan terjadi.Perlahan-lahan aku menapak ke belakang rumah.Kelihatan Mak Jah,tukang gajiku sedang bercucuk tanam.
“Assalamualaikum Mak Jah!!,”sapaku perlahan sambil menepuk bahunya.
“Opocot mak kau tergolek!!,”latahnya.Aku terkekek ketawa..
“Hah,mak Jah tergolek?,”sakatku lagi..
“Elfa..Bila sampai?Kenapa tak telefon Mak Jah.Boleh Mak Jah suruh Pak Mat ambik,”ujarnya dengan nafas yang tersekat-sekat.Penatlah tu melatah.Aku tersenyum.Disebabkab inilah Aku sayang Mak Jah..Hehehehe..Aku menariknya supaya duduk di pangkin.Dia menuruti.
“Alaa,hari ni kan last sekolah.Bagilah can dekat Elfa nak naik bas.Lepas ni dah tak merasa lagi dah,”balasku sambil menyandar manja di bahunya.Mak Jah mengusap lembut rambutku.Ibu,adik rindukan ibu!!
“Bagi can ke tak nak bagitaw kawan-kawan Elfa yang inilah kehidupan Elfa,"tukas Mak Jah.Macam taw2 la pulak Mak Jah ni..Aku tersenyum sumbing.
"Kenapa Elfa nak sorokkan diri sebenar Elfa.Mak Jah dah keje dengan Datuk dan Datin sjak Elfa baby lagi taw.Mak Jah tengok sendiri Elfa membesar.Elfa bukan macam ni taw.Kenapa Elfa tanamkan sifat sebenar Elfa?Lagi satu,Elfa bukkannya anak orang miskin yang papa kedana."hujahnya panjang lebar.
"Mak Jah,Elfa laparlah.Mak Jah dah masak ker?,"potongku lembut.Aku tahu Mak Jah memang tak puas hati dengan satu perkara ni.

bersambung......

Aqif Levo Luzia 4

Aku melangkah perlahan ke katilku.Aku menepuk-nepuk tilamku.Bubye tilam!!Kau da banyak berjasa kat aku.Aku melihat roomate2ku.Tak ramai yang tinggal.Cuma dalam dua tiga orang je.Yang lain semuanya dah balik.Masing-masing sibuk mengemas pakaian.Ada yang sampai berkotak-kotak.
Aku melihat barang2ku pula.Hanya sebuah beg garfield.Barang-barangku yang lain aku simpan kat dalam stor asrama.Suatu hari nanti aku akan ambilnya.Orang lain semuanya diambil oleh keluarga mereka.Aku??Naik bas jela nampaknyer...
Inilah kisahnya hidup seorang anak yatim piatu.Aku dah biasa.Ada saudara mara pun tak de faedahnya.Masa ibu dan ayahku meninggal dunia,masing-masing berebut nak jaga aku.Aku yang ketika itu baru berumur 15 tahun pun main ikut je.Yelah,tme tu aku baru sedar yang aku tak de family melainkan mak Ngahku.Dia jelah yang aku rapat walaupun dia tak suka dengan family aku.
Bila dah besar panjang macam ni,barulah aku sedar.Rupa-rupanya diorang semua hanya nak menumpang harta ibu dan ayahku.Akhirnya,aku pulak yang dijadikan hamba dalam rumah tu.Huhuhu...Apa nak buat...Nasib badan..
Aku memalingkan wajahku ke arah kotak tadi.Kalau aku bukak kat rumah,alamtnye x lama la riwayat hidup barang dalam kotak ni.So,lebih baik aku bukak kat sini.
Perlahan-lahan aku menguraikan ikatan rebennya.Aku membuka kotak tersebut perlahan-lahan.Kelihatan seutas rantai silver bersama dengan sepucuk surat.Aku menarik keluar rantai tersebut.
Aku perhatikan lama buah rantai tersebut.Unik.Ianya gabungan dua hati.Tapi,aku hanya dapat separuh dari hati itu.Mesti separuh lagi kat ‘dia’.Jiwang betul mamat ni!!
Aku meletakkan kembali ke tempat asal.Aku mencapai surat tu pula.Aku pandang kiri kanan.Takut terkantoi dapat surat cinta.Mesti diorang kakan ketawakan aku.Selalunya aku dapat surat dari pompuan.Jarang dari lelaki.Mungkin perwatakanku seperti lelaki kot.

Kasih..
Kenanganku..
Ingatkan saat2 dulu.
Kasih..
Apakah dirimu
Merasakan semua itu..
Kemana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki…

Lelaki ini yang selalu mencintaimu..
Selalu…
Tanpa ragu..
Lelaki ini yang selalu memuja..
Hanya dirimu..
Yang bertakhta dalam sanubariku..
Sanubariku…
Aku yg mencinta kamu.
Hanya dirimu..
Karena cintaku..
Tak berbatas waktu..
Kerana cintaku..
Tak mengenal jenuh hatimu…

P/s: Walau apa pun yang terjadi
Saya akan tetap menunggu awak
ADELFA ZULIA.
Dan saya amat berharap penantian saya ini bukanlah satu
Yang sia-sia..
Dan saya amat sangat berharap,bila masa itu tiba(time tu umur awk 25),
Awak,
Akan mengatakan ‘YA’ sebagai suri hidup saya.
Awak tak perlu cari saya,
tapi,masa yang akan mendekatkan jarak antara kita.
Balaja sungguh2 taw!!..Chaiyo’2!!..
(tak payah berangan nak cari pakwe!!balaja je..Saya ada ni..tunggu awk!!)
Luv u,
Aqif Levo Luzia

“Aduhai mamat ni,”.Aku bantai ketawa seusai baca surat cintan itu. Ayat..power siot!!hahahaha....
“Zuli!!Awat??,”tegur Mira,roomate aku.Aku hanya menggeleng.Tak mampu nak bercakap.Kelakar sangat.Macam manalah lelaki ni boleh feeling kat aku.tak ada ciri2 wanita mithali langsung.Hahaha...
“Weh,ko baca pa tu?,”soal Mira ingin tahu.Aik,minah ni tak balik2 lagi ke?.
“Tak de papelah,”balasku dengan sisa tawaku.Aku melipat surat tu kembali dan memasukkan semula ke dalam kotak.Mira hanya menjungkitkan bahu.Bagus budak ni!!Dia tak suka menyibuk..Hehehe..

Bersambung...

Aqif Levo Luzia 3

“Weh,ni ayam aku la!!,”tekanku perlahan apabila Afiq cuba mengambil ayamku.
“Eleh,kedekut betullah minah ni!!Bukan luak pun,”balas Afiq.Dengan selamba dia mengambil ayam di tanganku lalu menyuap ke dalam mulutnya.Eeeeee,geramnyer!!!!Aku menjelingnya tajam.
“Ish,korang ni!!Gaduh je.Karang ada jugak kawan kite yang kawen kan,”ujar Ameer selamba.Banyak cantik mulut budak-budak ni!!Ada jugak yang nak kena cili ni.
“Sapa yang nak kawen?,”soal Afiq macam orang bodoh.
“Kaulah dengan Zuli!!,”balas Reen dan Dina serentak.
Purrrr...tersembur ayam aku!!
“Kalau ye pun terkejut,tak payahlah sampai menyembur aku Zuli,”ujar Dina sambil mengelap tangannya yang terkena serpihan ayam aku.Hah,tula..sapa suruh buat berita tak berasa tu..Padan muke!!
“Hah,korang tangoklah tu.Macam ni nak jadikan bini aku?Cian aku.Alamatnya aku kena pakai topeng la kalau keluar ngan Zuli nie,”ejek Afiq.Aku menendang kakinya kuat di bawah meja.
“Aduh!!”.Aku tersenyum sinis ke arah Afiq.
“Hah,gaduh lagi!!”balas Ameer.Petang tu kami berlima makan dengan seronok.Macam-macam perkara yang kami bualkan.Sampai tak sedar hari beransur gelap.
“Korang,dah nak dekat maghrib ni.Balik jom!!,”ajakku.Afiq mengerling ke arah jam tangannya.
“Woi,jom!!”ajaknya pula.Kalau si Ameer tu aku x kesah sangat.Dia orang kaya.Tak payah tidur asrama pun tak pe.Rumahnya dekat area KL je.Lainlah kalu kami berempat ni.Si Afiq duduk kat utara sana,Kedah.Reen pulak duduk kat Pahang.Dina duduk kat Johor.Aku pulak duduk kat Negeri Sembilan.Jam 6 petang kami melangkah keluar dari KFC dan dihantar oleh driver Ameer.Tepat pukul 6.30 petang kami tiba di belakang blok asrama lelaki.
“Meer,ko tido asrama ke malam ni?,”soalku perlahan ketika kami menyusuri ladang kelapa sawit sebelum tiba dibelakang asrama.
“Yup,lagi pun malam ni last day kita semua kat asrama kan..”balasnya.Aku mengangguk.Perlahan-lahan kami menyusup ke dalam asrama.Fuh,selamat!!

*************************************************************************************

Keesokan harinya..
“Fiq,aku ada hal jap nak jumpa kau ni,”sapaku pabila melihat Afiq berkejar ke sana ke mari.Biasala last day.Mestila nak uruskan ape yang patut.Lagi-lagi dia ni budak Sukan.Banyakla harta benda yang nak dikautnya.
Afiq hanya mengangguk lalu melangkah pergi meninggalkanku.
“Adelfa Zulia!!,”Aku menoleh ke belakang.Terkejut aku!!First time dia panggil nama penuh aku.Aku mengangkat kening.Dia tersenyum.Aduh,hampir luruh jantung aku!Weh,Zulia!!Dah lupa dengan Cikgu Shah???Ah lantaklah Cikgu Shah.Kalu aku luahkan perasaan kat dia,belum tentu dia balas.Almaklumlah...Aku ni anak murid je..hehehe..Bukannya aku tak pernah nampak dia senyumTapi,aku rasa lain sikit dengan senyuman dia kali ni.
“Aku jumpa kau lepas pukul 12.30 kat post warden.Jangan lupa!!,”tekannya sambil tersenyum lagi dan lagi.Aduh,aku sudah jatuh cinta ke??Zulia!!!Dia kawan ko la...
“Beres!!!,”balasku lalu melangkah pergi meninggalkannya.

************************************************************************************

Aku membelek-belek bungkusan yang berbalut kemas itu.Satu perasaan halus terbit dari dalam diriku.Cemburu.Eh,takkanlah..Buat apa aku nak cemburu.Alaa,biasala..Afiq tu anak kacukan.Handsome.Apa nak heran.Huh!!Karut..karut...
“Zulia!!,”panggil Afiq dari post warden.Aku melangkah selamba ke arahnya.
“Hah,ni dia!!Ada sorang budak pompuan.Namanya Mia Idora.Budak kelas 5 SainsA.Alaa,yang comel-comel tu.Pakai tudung,sopan,manis je dan yang sewaktu dengannya.”Aku menghulurkan bungkusan tersebut kepada Afiq.
“Kalau ye pun,x payahlah sampai detail sangat macam tu.”balasnya sambil menyambut huluranku.
“Bila dia bagi kau?,”soalnya lagi sambil membelek-belek kotak tersebut.
“Sbelum kite exam.Dia suruh aku bagi kau pas last paper.Tapi aku tak sengaja terpekasamkan benda ni.”Aku tersenyum sumbing.Hehehe...
“Aku taw.Kolah posmen yang paaaaling lambat pos barang alias posmen lembab,”
“perli nampak.Woit,kira beruntung aku nak poskan!!Kalau aku buat harta sendiri lagi ko parah!!Aku debik kang!!,”
Bukk!!
“Sakitlah setan!!,”
“ Sakit sayang??Ops,sorry...I tak sengaja..”Suke suki je kata aku posmen lembab.Hah,rasakan penangan tumbukan aku yang hebat ni!!Aku terus melangkah meninggalkannya pergi.
“Zuli!!Kejap rr..Aku ada benda yang nak bagi kat kau ni!!,”laungnya dari post warden.Ish,buat malu betullah dia ni.Ade ke teriak kat tengah-tengah bangunan macam tu je?Dengan pantas aku menuju ke arahnya.
“Kau ni kan!!!Kalau tak buat announcement tak sah!!,”
“Tak sah aper?”
“Hah,apa yang kau nak bagi kat aku?,”soalku pantas.Dia menghulurkan sebuah kotak yang sederhana besar kepadaku.Aku memandangnya pelik.
“Dari sapa?”soalku sambil meyambutnya.
“guess who?,”.Main teka-teki pulak budak ni.Aku hanya menjungkitkan bahu.
“Someone yang minat kat ko.Aku pun pelikla.Kau yang macam ni pun da orang minat?Pelik...pelik...”
“Ape?Ko pikir aku x da peminat??Ko ingat ko sorang jela yang ada peminat??Perasan!!Apa yang peliknyer dengan aku ni?”Afiq memandangku dari atas ke bawah.Kemudian ke atas balik.
“Pekehal??Nak kena debik lagi ker?,”tekanku..
“Yelah..ko ni..Erm,macam...kau taw kan tomboy..”
“Woi,watch out ur mouth!!,”bidasku.
“Kau jugak yang suruh aku cakap ape yang pelik.Bila aku cakap,kau tak nak terima pulak.Hah,kotak tu bukak bila da sampai kat rumah!,”balas Afiq sebelum meninggalkanku.

Bersambung....