Pages

Thursday, November 4, 2010

Berbahagialah kerana anda WANITA..


19 Hadis Rasul Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan

menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan

baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan

ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya

diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.

memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama

Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang

sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan

diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada

keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak

perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan

seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.

memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara

kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang

dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya

terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" J

Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu

dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di

langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada

suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan

terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan

tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam

syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak

perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan

mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka

baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya

daripada api neraka.

by: orked fahara

Memaafkan Untuk Syurga


"Saya maafkan awak,"..apa yang anda rasa apabila ucapan ini dilafazkan apabila seseorg memohon maaf?Bahagia?tenang?Sudah tentu tenang dan bahagia..Ketahuilah bahawa maaf merupakan terapi yang paling indah di dunia ini..seseorg ckp kat saya,"memaafkan memang mudah,tapi melupakan tidak sama sekali"..Apa susah,lupakan jelah..dibalasnya,"cakap memang senang,buatnya susah"..Memanglah cakap senang,kalau susah xda sapa nk ckap..^_^..

Ye betul,cakap memang senang..buat susah..kenapa nak menyiksa diri anda dengan mengingati perkara yg menyakitkan..Ingat,kita diciptakan pun dalam keadaan gembira..jadi,kenapa nk menyiksa diri..lepaskan ia..bahagiakan diri anda..Mulakanlah sesuatu langkah dengan sesuatu yang mudah..Bermla dari bercakap dan iringilah dengan perbuatan..InsyaAllah,jika niat anda baik,Allah akn membantu..

Allah berfirman :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-baqarah:286)

Janji Allah itu pasti..Tapi,ingat!!!!Jangan sesekali berdendam..tamaw2..Kalau betul2 x boleh lupa apa yang dia lakukan kat kita,jangan sesekali doakan keburukan untuknya..Doakanlah sesuatu yang baik seperti "Ya Allah,dia telah menyakiti hatiku,maka kau bukakanlah hatinya untuk bertaubat,Kau rahmatilah dirinya..."..jangan doakan macam ni taw.."Ya Allah,dia telah sakitkan hatiku,aku mohon,kau timpalah dia dengan balasan yang setimpal..aku mohon supaya dia merasai apa yang telah dia lakukan kepadaku.."..jangan2!!!xbaik..

Ingat,setiap kali kita berdoa,doa itu akn dibalikkan semula kepada kita dan malaikat mengaminkannya..Jadi,jika kita doakan kebaikan untuk orglain,insyaAllah doa itu diaminkan oleh malaikat dan tempiasnya pada kita..Nak jadi baikkan,jadi...kenalah doakan yang baik2 untuk orglain jg..Sama2 mendapat kebaikan..Sabar ya..Ingat,memaafkan itu memadamkan api dendam..Maafkanlah dengan ikhlas..Mungkin bukan di sini balasan yang kita dapat,tapi,di sana tetap menanti..

Memaafkanlah untuk syurga yang abadi..Jangan berdendam kerana ia akn mengheret kita juga ke neraka..Anda bahagia,dia jga bahagia...Semoga sama2 mendapat hidayah dari Allah..Ingat,dunia ni hanyalah tanah untuk kita berkebun,hasilnya diakhirat sana...pesanan untuk diri sendiri jg...Selamat beramal...^_^

p/s: Dikesempatan ini sy ingin memohon ribuan maaf di atas setiap inci kesalahan yg telah dilakukan..Semoga kt tergolong dikalngan insan yg bertaqwa..Selamt menghadapi exam rakan2!!!Gud luck yaa...^_^


Aku & Hati


Arghhh...Hati,hati,hati!!!!!Kenapa mesti HATI??Kenapa senang HATI?Kenapa sakit HATI?Kenapa suka HATI?Kenapa jatuh HATI? Kenapa bukan senang JANTUNG,sakit JANTUNG,suka JANTUNG,jatuh JANTUNG?? Kenapa mesti HATI??Padahal jantung lagi penting dari hati..Kenapa semua yang kita rasa,berkait rapat dengan HATI?


“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihatlah betapa pentingnya hati.”kerana hati badan binasa”..Ini kerana hatilah yang mempengaruhi pemikiran dan dizahirkan melalui perbuatan. Dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Sesuailah sendiri dengan al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.


“(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jua Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran: 8.)


Hati selalu berkait rapat dengan perasaan.Oleh sebab itu,kita dapat rasa senang hati,sakit hati,jatuh hati dan macam-macam hati lagi. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan hati dan perasaan??Persoalan yang paling kerap menjadi butir-butir bicara sang pria..Mereka selalu kata wanita ni tidak boleh berpisah dengan hati..Hmm,wahai sang Pria,inilah sebabnya kenapa wanita dan hati tidak boleh dipisahkan.. Wanita ini terlalu halus dan sensitif. Ada yang mengatakan, sekali terluka, selamanya terasa. Dan wanita jugalah seorang penerima maaf yang terbaik,seorang yang penuh redha dan pasrah menerima tulisan hidupnya…sebab itulah kita selalu dengar wanita kahwin kerana pilihan keluarga dan wanita yang dipaksa kawin. Ada juga lelaki begitu. Tapi dalam seribu, nak jumpa satu pun susah…

Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.Tapi,perlu diingatkan..hati ini juga seperti manusia..perlu dijaga ,dirawat,diberi makanan,dan dihargai..Dengan cara..banyakkan amalan-amalan rohani..seperti selawat,zikir,istighfar dan lain-lain..


Sabda Rasulullah SAW juga:

“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan kesalahan, digores di dalam hatinya dengan bintik hitam. Sekiranya dia menanggalkannya dan memohon keampunan, maka ia akan berkilau. Sekiranya dia kembali melakukan kesalahan, ditambah pada hatinya bintik hitam tersebut sehingga menyelubungi hatinya.”


Akhir kata,jagalah hati kita daripada perkara-perkara yang boleh meninggalkan bintik-bintik hitam yang membawa kepada matinya hati..Suburkanlah ia dengan iman dan takwa..Jadi,tepuklah dada,tanyalah hati...cintailah hati anda seperti mana anda mencintai diri anda..daaaa…