Pages

Friday, June 3, 2011

"Penceraian yang tertunda"


Di sebuah rumah,tinggal sepasang suami isteri yang hidup dengan aman dan sentosa.Mereka sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang anak..Bak kata pepatah,sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..HUbungan mereka dilanda konflik hingga masing2 mengambil pendekatan untuk bercerai..Semua urusan penceraian telah selesai..HArta sepencarian dan aset telah dibahagi sama rata,namun satu perkara yang tidak selesai..isitu pembahagian ANAK..MAsing2 bertegas mahu menjaga dua orang anak..Akhirnya mereka berjumpa dengan kaunselor mohon pandangan..Dan,si kaunselor telah memberi satu cadangan..Jika mereka betul2 ingin bercerai,mereka harus mempunyai seorang anak lagi dalam masa setahun..Jk Allah memang telah mentakdirkan bhw mereka akn bercerai,insyaAllah Allah akn mengurniakan ank dalam ms setahun..Mereka berfikir sejenak dan bersetuju untuk menambah lagi seorang anak dalam masa setahun..

Setahun berlalu...Sedang kaunselor itu berjalan bersama2 dengan keluarganya di sebuah taman,dia ternmpk pasangan suami isteri yg minta nasihat cerai drpdnya..lalu dia menegurnya..

"Kamu xdikurniakan ank ke sehingga kamu xjadi bercerai.?"soal kaunselor..Mereka hanya tersenyum dan berkata..

"Kami dikurniakan anak..Allah telah mentakdirkan kami untuk tidak bercerai..Dia telah mengurniakan kami anak kembar..!!"

p/s:Stiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...renung2kn..dan slmt beramal..^_^

Cinta+Kasih+Sayang=Perlukah diluahkan dan dibuktikan?


Puji-pujian tertinggi hanya untuk allah pemilik diriku. Pemilik cintaku. Pemilik jiwa-jiwa insan sekaliannya. Dia agung. Dia yang paling berhak dicintai. Tiada setanding dengan-Nya.

Selawat salam penuh kerinduan buat Kekasih-Nya, muhammad rasulullah SAW. Keluarga baginda. Para sahabat. Serta salam jihad buat sekalian mujahid Fi sabilillah.^^

kasih terpendam di hati jika tidak diluahkan dan tidak dibuktikan ia akan membengkak. Menyakitkan. Menyeksakan. Bahkan boleh membunuh. Maka, seharusnya kasih sayang dan cinta itu dibuktikan!!

Namun, bukan sewenang-wenang. . Islam ada undang-undang. Allah telah beri panduan sejelas-jelasnya melalui Al-quran. Kekasih-Nya juga ada menitipkan ‘pesan-pesan’ agar menjadi pedoman dan landasan buat kita umat akhir zaman. Supaya kita tidak bertindak ikut Nafsu dan otak semata. “Pakai dalil”.

Pembuktian cinta dan kasih sayang. Pelbagai cara. Mengikut keperluan. Ada peraturannya. Antara cara membuktikan cinta dan kasih sayang adalah dengan meluahkan perasaan. Dengan niat agar orang yang kita sayang itu mengetahui akan perasaan sayang kita terhadapnya. Selain itu, kasih sayang dapat dibuktikan dengan perbuatan dan tingkah laku.

Lihat pula siapa yang kita sayangi. Paling berhak dicintai dan disayangi adalah allah SWT. Kemudian rasulullah SAW. Kemudian ibu ayah. Kemudian sanak saudara dan ahli keluarga. Kemudian Guru-Guru. Kemudian sahabat Handai, saudara seagama.

Buktikanlah cinta kita kepada allah SWT. Dengan luahan kasih kepada-Nya. Tangisan merindui-Nya. Ketundukan mentaati-Nya. Memuliakan-Nya. Mengagungkan-Nya. Mengesakan-Nya. Segala perintah-Nya dilaksanakan penuh taat, larangan-Nya juga dijauhi.
Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan, Umar bin Khathab radhiallahu anhu berkata kepada Nabi shallallahu alaihi wasalam : "Sesungguhnya engkau wahai Rasulullah, adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri." Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda, 'Tidak, demi Dzat yang jiwaku ada di tangannya, sehingga aku lebih engkau cintai dari dirimu sendiri'. Maka Umar berkata kepada beliau, 'Sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.' Maka Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda, Sekarang (telah sempurna kecintaanmu (imanmu) padaku) wahai Umar."


Buktikanlah cinta kita kepada rasulullah SAW. Selawat keatas baginda. Mengamalkan sunnah baginda. Mengenal sahabat-sahabat baginda. Mengenal ahli keluarga baginda. Tahu sirah dan perjuangan baginda. Mencontohi akhlak baginda. Menjauhi apa yang baginda tidak lakukan..berkeinginan untuk bertemu Baginda (“,)

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)


Buktikanlah cinta kita kepada ibu bapa. Luahkan Rasa sayang kepada ibu bapa. Luahkan Rasa rindu tika berjauhan. Bertutur dengan bicara sopan dan lemah lembut. Mentaati ibu bapa selagi tidak melampaui batas syara’. Memeluk mereka ketika ingin berpergian dan baru pulang dari berpergian. Menjaga ibu bapa semasa Tua. Tidak membelakangi mereka dalam apa keadaan sekalipun. Mendokan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka di Dunia dan akhirat.

Buktikanlah cinta kita kepada sanak saudara dan keluarga. Adik beradik. Pak cik Mak cik. Datuk nenek moyang. Luahkanlah perasaan sayang Pada mereka. Doakan mereka dengan Doa yang baik2. Menziarahi mereka. Lemah lembut terhadap mereka. Memaafkan kesalahan mereka. Bermuamalah secara baik dengan mereka (“,)

buktikan cinta kepada guru-Guru kita. Pensyarah. Ustaz ustazah. Mendoakan kesejahteraan para murabbi. Menziarah mereka tika ada kelapangan. Belajar bersungguh-sungguh. Berakhlak baik. Mengamalkan ilmu yang diajarka oleh mereka. Kerana itulah yang selalu diharapkan oleh seorang guru. (“,)

itulah pembuktian kasih sayang Yang kena Pada tempatnya. Yang tidak melanggar syariat islam.

Pada satu sudut yang Lain. Apabila mempunyai perasaan sayang antara dua insan yang berlainan jantina, Yang tiada ikatan. Minat dalam diam. Suka dalam diam. Sayang dalam diam. Cinta dalam diam. Adakah perasaan ini juga perlu di buktikan..?

Ya. Buktikan kepada allah. Bahawa kamu cintai Dia kerana allah SWT. Luahkan perasaan sayang kamu kepada allah SWT.

“aku sayang Pada Si fulan bin fulan kerana-Mu Ya allah, berilah kesejahteraan kepadanya. Peliharalah dia dari kemurkaan-Mu. Pimpinlah dia agar sentiasa berada pada landasan dan petunjuk-Mu. Sesungguhnya dia milik-Mu. Aku tidak berhak meluahkan perasaan sayangku kepadanya.” (contoh)

Doa Yang baik untuk orang yang kita sayangi, adalah sebaik-baik pembuktian kasih sayang kita. Tidak perlu meluahkan perasaan. Tidak perlu duduk berdua-duan. Tidak perlu mengundang kemarahan tuhan.

Jangan luahkan Pada ‘Si Dia’..
Bahaya dan membahayakan.
Pembuktian kasih sayang kepada ‘ajnabi’ memberi peluang kepada syaitan untuk menyesatkan anak-anak Adam. Membuka pintu-pintu kelalaian kepada si Teruna dan dara. Menanam bibit-bibit cinta yang bakal kecundang di dunia dan akhirat. Membawa hati insan lupa akan tuhan.

Pembuktian pertama meluahkan perasaan. Sama-sama cinta. Pembuktian kedua. Menzahirkan Cinta. Tahap ini yang paling dahsyat jika manusia buta menilai kasih sayang. Maruah tergadai. Harga diri terlalu murah. Rela memberi Apa sahaja. Kerana ingin membuktikan cinta.

Pembuktian kasih sayang yang sebenar-benarnya, jika benar-Benar suka. Benar-Benar mahu. Islam tidak menghalang fitrah manusia, fitrah kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Buktikanlah kasih sayang dengan akad nikah. Berkasih sayang secara halal. Suntinglah si dara menjadi permaisurimu. Agar dia terpelihara. Agar dia layak menjadi Bidadarimu di Syurga sana. (“,)..
Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)



Maka, perasaan sayang kepada insan yang berlainan jantina, Yang tiada ikatan perkahwinan, adalah lebih baik disimpan dan disembunyikan sahaja. Simpan sampai hujung nyawa. Sembunyikan sampai mati. Itu juga satu jihad. Berjihad melawan Hawa Nafsu. Kerana nafsu itu pasti selalu memaksa kita meluahkan perasaan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Apa yang penting! Adalah doa buat orang yang kita sayang. Allah maha pengasih Lagi maha penyayang. Dia maha berkuasa. Dia maha mendengar. Dengan kudrat dan iradat-Nya, Dia berkuasa memperlihatkan keajaiban kepada kita. Melihat hamba-Nya benar-benar cinta kepada hamba Lain kerana-Nya, tidak mustahil allah akan rencanakan untuk dua hamba ini hidup bersama hingga ke syurga-Nya. Kerana kasih sayang itu kerana allah. Cinta itu juga kerana allah. Bukan kerana Nafsu atau perkara lain.

Jika perasaan sayang itu diluahkan. Dibuktikan. Dicanangkan. Belum tentu allah izinkan dua insan itu bersama. Allah Maha melihat apa yang diperbuat oleh hamba-Nya. Saling meluah perasaan dalam keadaan berdua-Duaan. Bukankah itu melawan hukum allah.

Maka, adalah lebih baik didiamkan perasaan itu. Sehingga sampai satu masa yang mengizinkan kasih sayang itu diluahkan. Kerana ditakuti kasih sayang itu terluah kepada orang yang salah. (“,)

orang kata, jika perasaan tidak diluah, nanti ‘melepas!’. Lepas kemana??? Kita milik allah. Jiwa kita milik allah. Berdiri kaki kita diatas bumi allah. Allah mengawasi kita. Jika benar orang yang kita cinta sayangi itu memang allah ciptakan untuk khas buat kita, allah akan menjaga si dia sebaik-baiknya untuk kita. Tidak akan allah beri Pada orang lain. Berbaik sangka kepada allah. Jika kita menjaga Agama allah, allah juga akan memberi kita ganjaran Yang baik kelak, malah, ganjaran yang tidak pernah kita termimpikan. Mengharaplah Hanya kepada allah SWT.

Jika diluahkan juga. Belum tentu cinta berbalas. Bahkan dapat malu. Jika berbalas. Terbukalah gerbang menuju maksiat dan kebinasaan. Maka, harus bijak memilih jalan hidup ini.

Sembunyikanlah perasaan sayangmu jika itu dapat menghindarmu dari melakukan maksiat dan memlihara maruahmu
renung2kn dan slamat beramal...
weeeee....^_^