Pages

Tuesday, May 6, 2008

Aqif Levo Luzia 2

*************************************************************************************
Dalam diam tak diam,Peperiksaan SPM seminggu sahaja lagi.Aku makin tak senang duduk.Dah lama aku jarang lepak ngan Afiq.Mesti sekarang ni pun dia tengah sibuk study.Entahla..Aku pun tak tahu kenpa.Bila aku ajak dia study sama,dia menolak.Bila aku ajak dia borak-borak kosong,dia kata membazir masa.Aku pun naik pelik.Lantak rr.Yang penting sekarang ni,exam.Akhirnya aku hanya study dengan Reen,Dina dan Ameer.
“Zuli,nak mintak tolong boleh x?,”sapa rakanku,Mia.Aku hanya mengangguk.
“Pekehal?”
“Nanti bila dah habis exam,tolong berikan bungkusan ni kat Afiq yea..”pintanya.Mia,atau nama sebenarnya Mia Idora ni memang sopan budaknya.Baik,cantik,agak alim rr gak,bertudung,tak macam aku.Mungkin belum sampai seru lagi kot.Pastu,dia ni pandai dan yang sewaktu dengannya.Tapi..
“Eh,Mia.Dalam ni ada barang kaca tak?Aku takut terjatuh je nanti.”panggilku apabila Mia ingin berlalu.
Mia hanya menggeleng sebelum berlalu pergi.Aku mengerutkan dahiku.Pelik.Ah,lantaklah.

*************************************************************************************
Hari ni merupakan hari terakhir peperiksaan.
Alhmdulillah..Berakhir sudah penderitaanku.Semua keinginanku sudah kulaksanakan.Ops,satu lagi..
Aku memerhatikan sekelililng.Kelihatan kelibat Reen,Dina,Ameer dan Afiq.
“Reen,Dina,Ameer,Afiq!!.”laungku kuat.Almaklumlah,semua pelajar berpusu-pusu melangkah keluar dari dewan peperiksaan.
Kawan-kawanku mendapatkanku.
“Eh,hari ni last day.Jom enjoy.Ameer belanja”ajakku.
“Aku set je,”ujar Ameer.Ah,sapa tak kenal Ameer.Anak Dato’.Duit bukan masalah bagi dia.
“Aku tak kemas barang lagi la Zuli,”ujar Reen sambil membetulkan beg galasnya yang hampir terjatuh.
“Alah Reen.Relax rr.Kitorang pun tak kemas barang lagi.Betul tak Zuli?,”tukas Dina.
“Betul-betul,”balas Afiq tiba-tiba dengan nada seperti ipin dalam drama upin & ipin.
“Woi,aku tanya Zuli rr.Yang kau menyahut tu pa pasal?,”pintas Dina.Haa,Dina ni pun bley tahan kasarnye jugak.Almklumlah..Kawan dengan aku..Hehehe..
“Aku jawab bagi pihak Zuli rr..,”tukas Afiq selamba sambil mengenyitkan mata kepadaku.Aku menunjukkan penumbukku kepadanya.
“Woi,bebel je banyak.Jom rr gerak!!”pintas Ameer yang sedari tadi hanya memerhati.
“Oklah..Aku setuju.Dina,Zuli,balik outing nanti tolong aku kemaskan barang yea.Barang aku banyak taw!!,”pinta Reen.Dalam banyak-banyak ahli kumpulan kitorang,Reen lah yang paling sopan.Lembut je orangnyer..
“Baiklah tuan puteri,”balas aku dan Dina serentak.
“Woit,ikut jalan biasa.Ingat,pukul 2.30 petang!!Jangan lambat,”tegas Ameer.Dia ni kalau bab buat jahat,memang laju.Kalau disuruh dengar ceramah kat surau,haram nak nampak dier.
“Set!!,”balas kami serentak.

*************************************************************************************
2.30 petang..Di belakang blok Asrama lelaki..

“Reen ngan Dina mana?,”bisik Ameer.
“Sat lagi depa mai.”balasku perlahan.Kami tahu di saat panas terik macam ni,mana ada sesiapa yang sanggup berpanas di luar.Dikejauhan kelihatan Reen dan Dina yang sedang terbongkok-bongkok menuju ke arah kami.Taku terkantoilah katakan.
“Zuli,mana Afiq?”soal Dina perlahan.Aku hanya menjungkitkan bahu.
“Call lah dia cepat.Aku takut terkantoi kalau lambat-lambat.”ujar Ameer kepadaku.
“Kolah call.”balasku malas sambil mengeluarkan handphone nokia N96 pemberian arwah ayahku.Senearnya tiada siaa yang tahu pasal familyku.
“Aku tak de kreditlah sayang..”balas Ameer geram.Dengan geram aku mendail nombor Afiq.
“Salam Afiq.Kat mana ni?cepatla..”bisikku.Seketika aku mengangguk sebelum mematikan talian.
“Dia kat mana?,”soal Reen.
“On the way,”balasku.Selang beberapa minit,terjegul muka Afiq sambil tersengih.
“Lambat betulla ko ni!!,”ujarku bengang.
“Da da..jom cepat!!Korang yang pompuan ni masuk dulu.Aku dengan Fiq tarik pagar ni.Ikut jalan yang sama.”arah Ameer.Apalagi,beraturlah aku,Reen dan Dina untuk masuk ke dalam pagar.Sebenarnya tak siapa pun tahu jalan rahsia kitorag ni.Pandaikan kami simpan rahsia..Hehehehe...Ni la masalah budak-budak asrama penuh.Yang tak boleh tulah yang nak dibuatnya.Parah.

Setibanya kami di seberang,kelihatan sebuah kereta mewah ala-ala limosin gitu.
“Aik,kete saper plak ni?,”soalku pelik.Ameer mengambil tempat di hadapanku.Dia mengatakan sesuatu kepada pemandu kereta tersebut.Aku lihat pemandu tersebut hanya mengangguk.
“Jom!!”ajak Ameer.Kami semua hanya membuntutinya masuk ke dalam limosin tersebut.
“Wah!!Best gilerz..Limosin ko yea Ameer?,”soal Dina kecoh.Ameer hanya tersenyum bangga.Aku hanya mampu terdiam.Tak pernah aku dapat peluang naik kereta macam ni punyer besar.Dina kecoh bertanyakan itu dan ini.Aku pulak syok memikirkan masa depanku.Macam mana aku nak cari duit kalau nak sambung belajar?Apa aku nak makan?Mujurlah sepanjang aku sekolah aku dapat biasiswa.Huh!!Aku melepaskan keluhan.
“Ko ni kenapa Zuli?Orang lain da habis exam happy.Ko plak murung je.Pa pasai?,”soal Reen bertalu-talu.
“Aku letih,”
“Letih?Aik,xkan cabut keluar pun letih?Bukannya x pernh buat sebelum ni.Apala kau ni..”tukas Afiq tanpa sempat aku meneruskan ayatku.Akhirnya aku hanya mampu tersenyum.

Bersambung....

No comments: