
Arghhh...Hati,hati,hati!!!!!Kenapa mesti HATI??Kenapa senang HATI?Kenapa sakit HATI?Kenapa suka HATI?Kenapa jatuh HATI? Kenapa bukan senang JANTUNG,sakit JANTUNG,suka JANTUNG,jatuh JANTUNG?? Kenapa mesti HATI??Padahal jantung lagi penting dari hati..Kenapa semua yang kita rasa,berkait rapat dengan HATI?
“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Lihatlah betapa pentingnya hati.”kerana hati badan binasa”..Ini kerana hatilah yang mempengaruhi pemikiran dan dizahirkan melalui perbuatan. Dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Sesuailah sendiri dengan al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.
“(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jua Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran: 8.)
Hati selalu berkait rapat dengan perasaan.Oleh sebab itu,kita dapat rasa senang hati,sakit hati,jatuh hati dan macam-macam hati lagi. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan hati dan perasaan??Persoalan yang paling kerap menjadi butir-butir bicara sang pria..Mereka selalu kata wanita ni tidak boleh berpisah dengan hati..Hmm,wahai sang Pria,inilah sebabnya kenapa wanita dan hati tidak boleh dipisahkan.. Wanita ini terlalu halus dan sensitif. Ada yang mengatakan, sekali terluka, selamanya terasa. Dan wanita jugalah seorang penerima maaf yang terbaik,seorang yang penuh redha dan pasrah menerima tulisan hidupnya…sebab itulah kita selalu dengar wanita kahwin kerana pilihan keluarga dan wanita yang dipaksa kawin. Ada juga lelaki begitu. Tapi dalam seribu, nak jumpa satu pun susah…
Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.Tapi,perlu diingatkan..hati ini juga seperti manusia..perlu dijaga ,dirawat,diberi makanan,dan dihargai..Dengan cara..banyakkan amalan-amalan rohani..seperti selawat,zikir,istighfar dan lain-lain..
Sabda Rasulullah SAW juga:
“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan kesalahan, digores di dalam hatinya dengan bintik hitam. Sekiranya dia menanggalkannya dan memohon keampunan, maka ia akan berkilau. Sekiranya dia kembali melakukan kesalahan, ditambah pada hatinya bintik hitam tersebut sehingga menyelubungi hatinya.”
Akhir kata,jagalah hati kita daripada perkara-perkara yang boleh meninggalkan bintik-bintik hitam yang membawa kepada matinya hati..Suburkanlah ia dengan iman dan takwa..Jadi,tepuklah dada,tanyalah hati...cintailah hati anda seperti mana anda mencintai diri anda..daaaa…
No comments:
Post a Comment