Pages

Saturday, December 25, 2010

"Taqwa lagi???.."


"Ya Allah,beratnya ujian yg Kau berikan..Berilah aku ketabahan dan kekuatan untuk menempuhnya.."

Bercerita pasal ujian,ketahuilah bahawasanya UJIAN itu sendiri terbahagi kepada 2..Iaitu ujian KESENANGAN dan KESUSAHAN.Antara ujian KESENANGAN dan KESUSAHAN,ujian KESUSAHAN itu lebih membuatkan manusia mengingati Allah berbanding KESENANGAN. Betullah seperti yang diperkatakan,pabila susah shj kita akan ingatan Tuhan..Bila senang??hmm..Fikir-fikiranlah sendiri.

Kenapa kita diuji?Sebab Allah sayang kita..Kenapa Allah sayang kita?Sebab Allah nak meninggikan darjat kita.

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.."(Ali imran:139)

Ya Allah,rupa-rupanya Allah sayang sangat2 kat kita hinggakan nk meninggikan darjat kita lgi..bersyukurlah manusia..Kerana nikmat yang ada sekarang ni,semuanya pinjaman belaka..Turunkanlah egomu,tinggikanlah kehambaanmu..Sesungguhnya Allah itu sayang pada hambanya yg bertaqwa..

Hmm,bercakap pasal TAQWA..apa tu TAQWA?Ramai orang yang tak berapa faham dengan maksud dan konsep taqwa itu sendiri..Awal2 ayat Al-quran lagi Allah dah tekankan konsep taqwa..

Al-baqarah:2-4

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,iyaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib,melaksanakan solat dan menginfakkan sebagian rezki yang Kami berikan kpd mereka,dan mereka yg beriman kpd Al-Quran yang diturunkan kepadamu(Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau,dan mereka yakin adanya kiamat.."

Kesimpulannya,TAQWA itu adalah mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya..

Umar al-Khattab bertanya Ubai b Kaab makna taqwa. Ubai menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?" Jawab Umar, "Sudah tentu." Kata Ubai, "Apa yg kamu lakukan?" Jwab Umar, "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh berhati2 agar tidak terkena duri2." Kata Ubai, " Itulah Taqwa."

Taqwa itu bermaksud seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri.Sudah tentulah kita akn jalan dengan penuh berhati-hati supaya tidak terpijak pada duri itu..Sebenarnya,duri itu ibarat dosa kecil dan luka itu ibarat perkara yang makruh.Jadi,orang bertaqwa ini akn sentiasa menjaga dirinya dari segala perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah..

Bukan sahaja nak pergi melancong je ada jalannya..Nak menuju ketaqwaan pun ada jalannya...Lets check it out..

Jalan Menuju Ketaqwaan.

1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb
.Al-fatihah, Doa Iftitah.

2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai dengan IHSAN..Iaitu "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (HR Muslim daripada Umar bin Khattab).

3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’ @ sekadar ingin mendapatkan pujian?..renung2kn..

4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa andai buat salah A. baca Quran 10 pages sehari kalau buat salah B.

5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia...Ingat,Tiada jalan pintas menuju ke syurga..^_^

P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal ya...^_^


No comments: