Pages

Saturday, October 8, 2011

Dia pilihanku..


"Inginkan JEJAKA SOLEH & WANITA SOLEHAH sebagai pasangan hidup??"..

Tipu jika ada yang mengatakan tak mahu..Cuba try tanya mat rempit..Comfirm mereka akan kata,"Sapa xnk isteri solehah beb?Walaupun ak ni kaki rempit,tapi aku nak isteri yang solehah,boleh jaga aku,anak2 aku."..Haa,ini membuktikan semua insan mempunyai naluri ingin mencari yang terbaik..Sedangkan dalam peperiksaan pun semuanya nak result yang gempakkan..

Itu semua memang naluri setiap insan..Walau sejahat mana pun seseorang,tapi dia tetap nak yg terbaik...Tapikan,try cek diri kita..Dah cukup baik ke??Hmm,ramai yg tersalah sangka dengan maksud BAIK..Apa baik tu?Adakah bermaksud perlu pakai serban,jubah,sentiasa bwk tasbih..macam tu ke?

Tapi,ramai yg memikirkan inilah maksud sebenar baik..Jika inilah tanggapan mereka,patutlah ramai yg xnk jadi baik,tapi nk pasangan yang baik..Hmm..Apa maksud sebenar baik ya??Hmm,jom sama2 cek..

Kamus dewan bahasa & pustaka :
Baik bermaksud : Dalam konteks kelakuan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, berbahasa, berdisiplin, berlemah lembut,

Cuba kita try tengok firman dari Allah s.w.t :

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula).Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"-Annur:26

Insan yang baik adalah apabila dia meletakkan Allah adalah segala-galanya..Tak kiralah dalam perbuatan,perbualan dan lain-lain..Allah sentiasa dekat dihatinya..Dalam dia ingin menjadi baik,dia sebenarnya telah berusaha untuk meningkatkan keimanannya kepada Allah..

Ok,berbalik kepada firman Allah s.w.t di atas..Allah dah memberi jaminan kepada kita..siapa yang baik akn mendapat pasangan yang baik..Jadi,apa yg kita nak risaukan lagi..Seperti semua tahu,pasangan kita adalah cermin kepada kita..So,nak dapat yang solehah atau soleh,soleh dan solehahkanla diri kita..InsyaAllah kita akn dapat juga..Sesungguhnya janji Allah itu tak perlu diragui..

Tapi,andainya apa yang kita dapat itu tidak seperti yang kita harapkan..Jangan mudah melatah..Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk anda..Dan Allah xkan membiarkan anda keseorangan di dunia ini..

Contohnya anda dah berusaha jadi yang terbaik ni,tapi Allah mengurniakan pasangan yang agak kurang sikitlah baiknya..Jangan risau,Allah tahu anda mampu untuk melenturnya..Tapi,jangan sesekali menyerah sebelum berjuang melenturnya..Anda mampu!!

Mama saya selalu pesan..

"Jangan lupa berdoa..Andai apa yang kia doakan itu xtermakbul,jangn putus asa berdoa...Kerana ada hikmah disebalik apa yang terjadi...Kerana Allah tak memberi apa yang kita nak..Tapi Allah memberi apa yang kita perlu.."

Kadang2 apabila kita melihat seorang muslimah yang bertutup litup,bersopan santun,baik budi bahasanya...Kita pasti akan tertarik dengannya..Dan kita berharap supaya 1 hari nanti kita akn dapat pasangan sepertinya..Tapi,Allah telah memberi anda seorang isteri yang xmenutup aurat,kurang bahasa dn adabnya..Kenapa?Kerana Allah memberi apa yg anda perlu,iaitu anda perlu membimbingnya..Dan sebenarnya...Allah sayang kepada anda..Kenapa?Makin diuji seseorang itu,makin sayang Allah kepadanya..

Common sensekan..Kita ambik contoh kat tempat kerja..Untuk naik pangkat,anda kena pulun kerja..Macam-macam pengorbanan dan ujian yang anda lalui,barulah anda dapat naik pangkat..Ingat,untuk mendapatkan berlian yang cantik,ia telah melalui pelbagai peringkat dan ujian seperti dipanaskan di suhu yang sangat tinggi...Jadi,untuk menjadi insan yang CANTIK,perlulah diuji..Jadi,jangan rasa kenapa anda diuji sebegini teruk?Kenapa bukan orang lain?Jawapannya,Kerana Allah sayangkan anda..

Kita lihat situasi ini:
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..Ingat..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula).Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"-Annur:26

P/s: Miss Qasya Khairin..^_^

No comments: