Pages

Friday, December 7, 2012

Syukur VS Sabar

    

    Apa itu SYUKUR?Apa pulak SABAR?Mana satu yang penting?Hmm,tepuk dada..tanya iman..Mana satu ya yang sangat penting?Pernah dengar tak..
" SYUKUR itu kadang-kadang lebih tinggi makamnya berbanding SABAR"- Sejarawan.

Kenapa???
  Kerana ramai orang terpaksa bersabar.Bila ditimpa masalah nak cakap apa lagi.
 "Benda dah jadi..Sabar je lah..Bukan boleh buat apa pun."
  
  Tapi,belum tentu orang yang mendapat nikmat itu bersyukur.Kenapa?Kerana kita jarang nak menilai apa yg kita ada..Tapi,kita selalu tanya apa yang kita tak de..Bila nak,kita mintak macam-macam kat Allah..Doa sungguh-sungguh..Tapi,bila dah dapat..Kita jadi lupa pada yang memberi..

  .Bayangkanlah kalau kita mintak rumah,Gedebuk!!!Rumah banglo jatuh dari langit..Confirm,time tu jugak masing-masing sujud syukur..Tapi,malangnya tidak..Sebab Allah nak tengok sejauh mana hambaNya ingat dekat Dia..

  Dari tadi suruh syukur..Apa tu SYUKUR??Syukur ialah menggunakan nikmat pada jalan yang benar.

Pemuda : Ustaz,Alhamdulillah...Doa saya dimakbulkan Allah..Sipulan tu nak kat saya..Macam mana saya nak gunakan peluang ini ke jalan yang benar?
Ustaz     : Lamarlah dia menjadi milikmu yang sah.

  Kita ni selalu hanya akan bersyukur apabila diberi benda yang baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ni pun satu nikmat yang besar.Tak perlu nak tengok jauh-jauh..Tengok je diri anda sekarang,anda mampu untuk berjalan.Bayangkanlah satu hari nanti anda accident(Nauzubillah),tiba-tiba kaki kena potong.Barulah masa tu nak terfikir,kenapalah aku tak gunakan kaki aku untuk pergi ke masjid dulu..Kenapalah aku tak gunakan kaki aku untuk ke majlis ilmu..Alangkah ruginya..Kadang-kadang kita tak pernah sedar..Apabila anda bersyukur dengan sekecil-kecil harta yang anda ada,anda akan rasa sangat bahagia...Kenapa?Sebab,anda menghargainya sementara ia masih ada.


   Tapi ingat!!Setiap apa yang berlaku,jangan sekali-kali anda putus harapan kepada Allah.Dialah perencana yang terbaik.Setiap apa yang berlaku,ada hikmahnya.Apabila anda redha dengan setiap ketentuan Allah,Allah akan menggantikan sesuatu yang hebat untuk anda..
  
   Allah memberi kita dugaan dalam dua bentuk iaitu kesenangan dan kesusahan.Jadi,hadapilah kesusahan itu dengan sabar dan hadapilah kesenangan itu dengan bersyukur.InsyaAllah,anda akan senantiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya.
  
   Kesimpulannya,bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberi.Insa,jika dia nak bersyukur kepada Allah,tak terdaya.Belum tentu cukup kalau digunakan seluruh hayat kita untuk ucapkan  'terima kasih' kat Allah .Lihat,betapa banyaknya nikmat yang Allah beri.Tak salah nak mengharapkan sesuatu yang belum ada.Tapi yang ada ini sudah lebih daripada harapan kita.

        "Jika kamu nak menghitung nikmat Allah,nescaya 
         kamu tidak akan mampu untuk menghitungnya.."
         - Ibrahim(14: 34)


  

No comments: