Pages

Sunday, August 11, 2013

Istikharahku memanggilmu..

Ya Allah..
Kurniakanlah kepadaku seorang lelaki yang terbaik untuk menjadi imamku..
Ku pohon padaMu..
Jika sinar hidayah belum muncul dalam dirinya,munculkanlah ia sebelum dia sah bergelar suamiku..

Ya Allah ya tuhanku..
Yang kupohon..
Bukanlah seorang lelaki yang alim ataupun warak..
Cukuplah sekadar dia mahu mencari Islam,mengamalkan dalam kehidupan sehariannya, dan mendekatkan dirinya padaMu.

Ya Allah ya tuhanku..
Yang kupohon..
Bukanlah seorang lelaki yang menggunung tinggi ilmunya..
Cukuplah sekadar dia sentiasa dahagakan ilmuMu dan bersama-sama denganku mencari redhaMu..

Ya Allah ya tuhanku..
Kurniakanlah kepadaku seorang lelaki yang akan mencintaiku setulus hatinya tanpa mengabaikan kecintaannya kepadaMu..
Yang akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang wanita..
Yang akan menjadi pelindungku di dunia dan akhirat..
Yang akan menjadi imam dan penghulu kepada diriku dan generasiku..

Jika ciri-ciri ini ada pada dirinya..
Permudahkanlah urusan kami..
Dan takdirkanlah kami berdua di dunia dan akhirat..
Kuatkanlah jodoh antara kami..
Panjangkanlah jodoh antara kami..
Satukanlah kami di dunia dan akhirat..
Kurniakanlah kami sebuah keluarga yang sakinah,mawaddah warahmah..
ameen ya rabbal a'lamin..