Pages

Wednesday, May 7, 2008

Aqif Levo Luzia 5

“Weh,ko balik naik pe ni?,”soal Mira sambil tangannya sibuk memasukkan saki-baki barang yang tertinggal.
“Aku naik bas.Barang aku ambik kemudian.Mira,ko kenal budak nama Aqif x?,”saja aku pancing.Mira ni,kalau bab lelaki,memang power.Semua dia tahu.Mira berpaling ke arahku dengan keutan di dahi yang begitu menyerlah.
“Kenal?,”soalku lagi.
“Macam pernah dengar.Tapi,budak form berapa tu?,”soalnya pulak.
“Manalah aku taw.Aku pi toilet jap.”balasku berkira-kira mahu berangkat.
“Aku ingat!!,”pintas Mira.Aku menoleh ke arahnya.Terbantut aku nak ke tandas.
“Tapi,Kalau tak silap aku.Kat sekolah ni tak ada sorang pun budak nama Aqif.Kalu Qifa adalah.Qifa Quzairi.Budak form 6 A.Dia budak Kedah.Pa pasal?,”.Aku hanya menggeleng.
“Aku kenal ke?,”soalku pantas.
“Tak tawla pulak..Takkan ko tak kenal.Dia budak sukan jugak.Takkan Afiq tak pernah cerita pasal Qifa.Diorang selalu sama-sama kalau pegi latihan.”.Aku menganguk-angguk macam burung belatuk.
“Dia ni macam mana orangnyer?,”soalku lagi.Saja nak taw pasal budak yang nama Qifa ni.Coz nama dia ni pelik sangat.Tak taw la pulak aku yang si Afiq ni ada kawan nama Qifa.Budak sukan...erm,mesti handsome..Hahaha..Eh,apa yang aku merepek ni???Aku menggaru-garu kepalaku.
“He’s quite ok.Boleh tahan.Intelligent,ramai peminat.”Mira menyeringai.
“Termasuk ko kan,”Mira hanya tersengih.Yelah tu.Minah ni!!bila la nak setia.huhuhu..
“Eh,pa pasal ko tiba-tiba tanya pasal Qifa ni?Tak pernah-pernah ko tanya pasal lelaki.Sampai aku ingatkan ko ni anti lelaki taw.Tapi bila aku tengok besfren ko Afiq,terus terlucut gelaran tu tok ko.”banyak cakap pulak minah ni.
“Kawan aku..Si Reen..Dapat surat dari admire dia..Tapi signature dia tulis nama Aqif..Dia tanya aku,kenal ke x dengan Aqif ni..That’s why la aku tanya ko..”.Huhuhu...tak pe,bohong sunat..hehehe..Mira menganggukkan kepala.Alahai,senangnya nak auta budak ni..Hehehe..sorry Mira.Terpaksa!!Tiba-tiba handphone Mira berbunyi.
“Zuli,aku kena chow dulu.Parent aku dah tunggu.Hati-hati balik tu nanti.Jangan melencong ke tempat lain,”.Panjang lebar nasihat dia.Aku mengangguk macam burung belatuk.Tiba-tiba dia menoleh ke arahku.Aku mengangkat keningku sebelah..
“Tapi,boleh jadi jugak Si AQIF tu QIFA.”ujarnya spontan sambil tersenyum penuh makna sebelum berlalu pergi bersama-sama dengan barang-barangnya.Aku berfikir sejenak..AQIF,QIFA,AQIF,QIFA..Ada match!!Ish,tak mungkin!!Tak mungkinlah..Aku bukannya rapat sangat dengan Qifa tu..Tapi,dia rapat dengan bestfriend aku...
“Argghh!!,lebih baik aku chow,”Nampaknya aku la yang paling last balik.huhuhu..

*************************************************************************************

Setibanya aku dirumahku,tiada siapa yang menyambutku.Aku memang sudah maklum perkara ni akan terjadi.Perlahan-lahan aku menapak ke belakang rumah.Kelihatan Mak Jah,tukang gajiku sedang bercucuk tanam.
“Assalamualaikum Mak Jah!!,”sapaku perlahan sambil menepuk bahunya.
“Opocot mak kau tergolek!!,”latahnya.Aku terkekek ketawa..
“Hah,mak Jah tergolek?,”sakatku lagi..
“Elfa..Bila sampai?Kenapa tak telefon Mak Jah.Boleh Mak Jah suruh Pak Mat ambik,”ujarnya dengan nafas yang tersekat-sekat.Penatlah tu melatah.Aku tersenyum.Disebabkab inilah Aku sayang Mak Jah..Hehehehe..Aku menariknya supaya duduk di pangkin.Dia menuruti.
“Alaa,hari ni kan last sekolah.Bagilah can dekat Elfa nak naik bas.Lepas ni dah tak merasa lagi dah,”balasku sambil menyandar manja di bahunya.Mak Jah mengusap lembut rambutku.Ibu,adik rindukan ibu!!
“Bagi can ke tak nak bagitaw kawan-kawan Elfa yang inilah kehidupan Elfa,"tukas Mak Jah.Macam taw2 la pulak Mak Jah ni..Aku tersenyum sumbing.
"Kenapa Elfa nak sorokkan diri sebenar Elfa.Mak Jah dah keje dengan Datuk dan Datin sjak Elfa baby lagi taw.Mak Jah tengok sendiri Elfa membesar.Elfa bukan macam ni taw.Kenapa Elfa tanamkan sifat sebenar Elfa?Lagi satu,Elfa bukkannya anak orang miskin yang papa kedana."hujahnya panjang lebar.
"Mak Jah,Elfa laparlah.Mak Jah dah masak ker?,"potongku lembut.Aku tahu Mak Jah memang tak puas hati dengan satu perkara ni.

bersambung......

6 comments:

mortar&pestle said...

hye...
ermmm...
asal x sambung lagi cite aqif levo luzia nih??
not bad cite die...
saya pon macam awak jugak...
try nak menulis...
saya pon ade tuis novel kat blog jugak macam awak..
lagi satu..saya rase saya tau apa makne aqif levo luzia nih...
kalo disusun balik perkataan tuh..
maksudnyer..
afiq love zulia right??
betol x??
saye teke jek..
heheh...

awanbiru said...

hye...

nice story...
smbg cpt2 tau..

Unknown said...

hye...
ble nk smbg nie..
keep good work k...

PwEncEsZ cHokLaT said...

bile na cambong ney...x saba na bace seyh...hehe...

awanbiru said...

ermmm...

ble nak smbg ni??

Miss Kira said...

napa x smbg..
cpt la smbg..